Wednesday, February 4, 2009

mErEkA sEmUA pEMbOhOnG

Apa dah jadi dengan negeri ini
Lompat macam katak kesana kemari
Macam-macam alasan diberi
Makin aku membenci

Lama-lama jadi bingung
Kepala jadi tongong
Atas alasan mahu menolong
Mereka semua pembohong

Janji mereka panjang berjurai
sampai perut nak terburai
Pernahkah mereka fikirkan
Aku yang makin tertekan

Lama-lama aku pening
kepala hotak pun berpusing
Badan tinggal tulang kering
Pernahkah mereka ambil pusing

Mengapa kita harus jadi begini
Kaum lain ketawa dan memerhati
Hidup mereka bagai syurga duniawi
Kita pula taksub membabi

Pada siapa hendak mengadu
Sedangkan mereka penipu
Macam bercakap dengan batu
Akhirnya bangsaku yang layu

Lama-lama jadi biol
Atau mereka yang tolol
Perangai tak ubah macam samdol
Lebih baik jadi toyol


MenTal PhOBia
5 feb Tahun KambiNg UniCorn

6 comments:

Anonymous said...

wah wah wah pegawai N41 nih!

nusk said...

memang pekak manusia itu..

Mental Phobia said...

Kan best kalo bubar Dun..blh balik ngundi..kompem ada duit..miahahaha..mata duitannnnnnn

nasaoji said...
This comment has been removed by the author.
nasaoji said...

wahwahwa..N41 laen duk wat paperwork nak present lam mting, ko wat poem, present lam blog ek..sha-bas..sha-bas...!!!

Mental Phobia said...

hohoho...kerja aku nih tak melibatkan paper....tp ala ala kuli la.....more o processing and ronda ronda ala pak guard